JANGAN BERDUKA CIKGU
(AZMI YUSOF)
jangan berduka cikgu,
jika budi yang kau tabur,
tiada yang menyanjungnya.
cukuplah sesekali ada muridmu
rasa terhutang kepadamu,
setiap kali bersua di majlis reunion.
jangan bersedih cikgu
jika jasa yang kau cucur,
tiada yang mengenangnya.
cukuplah sesekali ada muridmu
tiba-tiba bertanya khabarmu,
setiap kali tiba sambutan ' Hari Guru".
jangan berhiba cikgu
jika bakti yang kaucurahkan,
tiada siapa yang menghargainya.
cukuplah sesekali ada muridmu
terpanggil menziarahimu
setiap kali berkunjung ke alma-mater.
jangan bermurung cikgu
jika khidmat yang kauhulur,
tiada siapa yang menguar-uarkan.
cukuplah sesekali jika ada muridmu
mendoakan agar kau sejahtera
setiap kali menghantar anak ke sekolah.
jangan terkilan cikgu ,
jika tiada gelar menghias namamu
cukupah sekadar panggilan cikgu
kekal terukir dalam plak perkhidmatan
di bawa bersemadi ke liang lahad.
Pendidik SMK Limbang
LAMBANG SEKOLAH
MATLAMAT SMK LIMBANG
- -Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berdisiplin dan berbakti.
- -Melahirkan pekhidmat-pekhidmat ang beriltizam, berkerampilan dan berkesan.
MISI SMK LIMBANG
- -Melahirkan pelajar-pelajar yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- -Menjadikan SMKL sebagai ' A Learning Organisation'
DILARANG...
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
HENTIKAN BULI
BEBAS HIV
KATAKAN TAK NAK..
SAJAK UNTUK GURU
Rabu, 30 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan