TIPS GOOGLE CHROME

Jumaat, 11 Jun 2010

Seperti yang anda telah ketahui, address bar pada Google Chrome bukan sahaja berfungsi untuk menaip alamatURL, malah boleh digunakan untuk membuat carian Google (atau mana-mana enjin carian pilihan anda).

Namun tahukah anda bahawa anda boleh membuat carian bagi laman web itu sendiri? Sebagai contoh, anda mungkin selalu pergi ke YouTube dan mencari video menggunakan kotak carian yang disediakan. Namun anda boleh lakukan semua ini terus dari address bar pada Google Chrome.

Caranya adalah dengan menaip URL laman web dan tekan tab. Perkataan pada address bar akan bertukar kepada “Search (nama laman web)” dan anda boleh masukkan apa yang ingin dicari, dan terus tekan Enter.

Fungsi ini tampak kecil, namun ia telah menjimatkan satu langkah dalam urusan Internet harian anda. Bayangkan berapa banyak masa dan tenaga dapat anda jimatkan apabila fungsi ini digunakan selalu.

Nota: Untuk memastikan fungsi ini berfungsi bagi laman web yang ingin dicari, pastikan anda telah menggunakan kotak carian yang asal di laman web tersebut sekurang-kurangnya sekali.

*RUJUKAN : http://sembangkomputer.com/

0 comments:

Catat Ulasan

 
 
 
 
Copyright © SMK LIMBANG