SPM Ulangan 22, 23 Jun

Sabtu, 19 Jun 2010

PUTRAJAYA 18 Jun - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Ulangan) 2010 akan dijalankan pada 22 dan 23 Jun ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia hari ini, seramai 18,547 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ulangan tersebut.

"Daripada jumlah itu seramai 11,145 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, 3,674 calon untuk mata pelajaran Matematik manakala 3,728 orang lain mendaftar untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut.

"Sebanyak 241 pusat akan dibuka untuk peperiksaan ulangan ini di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Lembaga itu mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan dan perlu membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan.

"Calon-calon juga diingatkan supaya mengikuti perkembangan terkini di media untuk mengetahui sekiranya berlaku sebarang pindaan pada jadual peperiksaan atau perubahan pusat disebabkan bencana alam seperti banjir," tambah kenyataan itu.

0 comments:

Catat Ulasan

 
 
 
 
Copyright © SMK LIMBANG